Recent Posts


ShoutMix chat widget

Karnival Permainan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka 2011

1. Futsal: Johan bawah 12 tahun 2. Bola Jaring: Ketiga bawah 12 tahun

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS NEGERI MELAKA 2011

Tarikh: 8 hingga 10 Mac 2011 (Selasa - Khamis) Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari Tempat: Stadium Mini Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota

RENANG SEBAGAI TERAPI BAGI MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS DISLEKSIA

TARIKH : 24 MAC 2011 (KHAMIS) MASA : 8.00 HINGGA 12.00 TEMPAT : KOLAM RENANG MBMB

APA ITU DISLEKSIA

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan.

JENIS-JENIS DISLEKSIA

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian

Memaparkan catatan dengan label Pendidikan Khas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendidikan Khas. Papar semua catatan

Khamis, 20 Oktober 2011

Kursus KSSR Pendidikan Khas Tahun 2

Perkhemahan Motivasi Murid pendidikan Khas Melaka 2011



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
Berikut disertakan surat panggilan perlaksanaan kerja
persiapan tempat dan senarai nama guru-guru yang
terlibat dalam program yang tersebut diatas.
Turut disertakan bahan-bahan Perkhemahan Motivasi
Murid untuk rujukan pihak tuan/puan
Sekian, terima kasih.
Yusof bin Jamaludin


Attachments:
Download this file (Bidang tugas AJK perkhemahan motivasi pendidikan kahas 2011.pdf)Bidang Tugas AJK Perkhemahan[ ]116 Kb
Download this file (IMG.jpg)Surat Pelaksanaan Persiapan Tempat[ ]1484 Kb
Download this file (IMG_0001.jpg)Senarai Nama Jawatankuasa Perkhemahan[ ]1275 Kb
Download this file (MODUL KAWAD KAKI PERKHEMAHAN MOTIVASI PENDIDIKAN KHAS 2011.pdf)Modul Kawad Kaki Perkhemahan[ ]859 Kb
Download this file (MODUL KEROHANIAN Perkhemahan Motivasi 2011.pdf)Modul Kerohanian Perkhemahan[ ]129 Kb

Sabtu, 25 Jun 2011

RENANG SEBAGAI TERAPI BAGI MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS DISLEKSIA




TARIKH : 24 MAC 2011 (KHAMIS)
MASA : 8.00 HINGGA 12.00
TEMPAT : KOLAM RENANG MBMB

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS NEGERI MELAKA 2011


Tarikh: 8 hingga 10 Mac 2011 (Selasa - Khamis)
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat: Stadium Mini Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota


Bil
Nama Pemain
Acara
Keputusan
1.     
Mohammed Aiman Haqeem bin Datuk Hj. Ayob
100 meter
Naib Johan
200 meter
Naib Johan
4x 100 meter
Ketiga
2.     
Nurman Hakimi bin Abdullah
200 meter
-
4x100 meter
Ketiga
Lompat Jauh
-
3.     
Abdul Salam bin Zainal
4x100 meter
Ketiga

Karnival Permainan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka 2011



Tarikh: 21 hingga 23 Jun 2011 (Selasa hingga Khamis)
Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: Badminton Hall, Batu Berendam, Melaka

Keputusan:
1. Futsal: Johan bawah 12 tahun
2. Bola Jaring: Ketiga bawah 12 tahun


Rabu, 11 Mei 2011

VISI DAN MISI PENDIDIKAN KHAS JABATAN PELAJARAN MELAKA

VISI PENDIDIKAN KHAS JABATAN PELAJARAN MELAKA
Pendidikan berkualiti menjana kecemerlangan murid bekeperluan khas selaras dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan

MISI PENDIDIKAN KHAS JABATAN PELAJARAN MELAKA
Membangunkan modal insan bekeperluan khas yang cemerlang berasaskan:-
* System pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik
* Perkembangan potensi diri ke tahap optimum
* Keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran
* Nilai-nilai murni sebagai warganegara yang bertanggungjawab
* Perkongsian pintar dengan pelbagai pihak

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan Insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, berkemampuan merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

Ahad, 8 Mei 2011

Senarai Nama Murid PPKI Disleksia Tahun 2011

Senarai Nama Murid Pendidikan Khas 2011

Bantu mereka belajar



ALBERT Einstein tidak pernah belajar membaca sehingga umurnya sembilan tahun. Seorang guru sekolah yang mengajar Thomas Edison melabelkannya sebagai murid lembam.

Sebagaimana masyhurnya cerita mengenai kedua-dua individu terbabit, kedua-dua mereka tidak menjadikan disleksia sebagai batu penghalang untuk mencapai kejayaan.
Sebagai usaha untuk mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya rawatan pemulihan awal bagi disleksia, Procter & Gamble Malaysia (P&G), pasar raya besar Giant dan farmasi Guardian bekerjasama menerusi kempen ‘The Gift of Learning’ untuk membolehkan pengguna prihatin turut serta menyumbang ke arah keperluan pembelajaran kanak-kanak disleksia.

Kempen terbabit akan berlangsung sehingga 19 Mei 2011 dengan harapan untuk meraih kira-kira RM100,000 bagi menyediakan pembelajaran pemulihan secara percuma kepada kanak-kanak disleksia di pusat Pertubuhan Disleksia Malaysia di seluruh negara.

“Tahun ini, P&G berbangga kerana dapat bekerjasama dengan rakan kami iaitu Giant dan Guardian untuk membantu lebih ramai kanak-kanak disleksia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif P&G Malaysia dan Singapura, Ellie Xie ketika pelancaran kempen berkenaan di Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Presiden Persatuan Disleksia Malaysia, Sariah Amirin, disleksia yang mempengaruhi kebolehan seseorang untuk membaca adalah satu fenomena biasa di negara ini dan membabitkan 314,000 kanak-kanak sekolah.

“Justeru, penting untuk mengesan penyakit ini di tahap awal supaya bantuan dapat diberikan secepat mungkin dan mereka mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Dalam satu suasana ala kelas yang ceria, pengunjung pada Sabtu itu dihiburkan oleh pelajar berusia antara tujuh hingga 12 tahun daripada pertubuhan berkenaan. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa personaliti televisyen, Baki Zainal, yang turut berkongsi pengalamannya sebagai penghidap disleksia.

Pengarah Pemasaran GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, Ho Mun Hao, berkata sebagai rakan dalam kempen terbabit, pihaknya gembira kerana kedudukan rangkaian pasar raya Giant yang strategik dapat membantu untuk meraih dana bagi kanak-kanak disleksia berkenaan.

Sempena pelancaran terbabit, orang ramai dijemput untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai disleksia secara percuma mulai jam 10 pagi hingga 6 petang di kaunter khas di Giant Sunway City Ipoh (30 April dan 1 Mei) serta Giant Bayan Baru Pulau Pinang (7 dan 8 Mei).

Sehingga 19 Mei ini, pembelian produk jenama P&G di Giant atau Guardian membolehkan pembeli menyumbang untuk membantu kanak-kanak disleksia di negara ini. Layari laman web www.openminds.my atau Facebook untuk maklumat lanjut.

Dunia disleksia

Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
fatin@bharian.com.my
2011/04/16

SHARIFAH Haneesya Syed Sahlan (tengah) dan Syed Hezreek (kanan) bersama ibu tersayang Nor Hasnida.

Anak istimewa perlu bimbingan khusus

"PERNAH saya bersedih dan sering bertanya kepada ibu, mengapa Allah buat saya begini dan mengapa saya terpaksa melalui detik sukar. Walaupun puas saya berusaha untuk berada di tahap yang sama seperti kawan lain, saya sering kali gagal," kata Sharifah Haneesya Syed Sahlan.

Kata-kata anak gadis yang cukup manis penampilannya ini pasti menyentuh hati sesiapa saja yang mendengar, apatah lagi ibu yang melahirkan.

Sepanjang perbualan, tiada siapa menyangka Sharifah Haneesya, 11, sebenarnya mengalami masalah disleksia. Cuma, sekilas mata memandang ke arah lencana yang ditampal pada seragam sekolahnya menyedarkan kita masalah dialaminya. Perkataan `Pelajar Disleksia’ terpampang pada lencananya.

Sharifah Haneesya Syed Sahlan, 11, bercerita masalahnya dikesan pada usia lapan tahun. Dia sentiasa bermasalah untuk membaca menyebabkannya terpaksa memberi fokus yang lebih sepanjang proses pembelajaran berbanding rakan seusia.

“Saya sukar untuk menyusun ayat kerana saya tidak mampu memikirkan apa-apa selanjutnya untuk dikaitkan dengan kenyataan yang dilakukan terdahulunya.

“Saya juga tidak suka dengan keadaan yang bingit atau mendesak kerana ia membuatkan saya rasa sesak nafas malah kadangkala trauma dengan persekitaran sedemikian,” jelasnya.
Apapun keadaan yang terpaksa dilalui sebagai anak gadis, Sharifah Haneesya tidak menganggap dirinya golongan yang lemah, dia mencari dirinya dan berpegang pada minat dan bakat yang dimilikinya untuk membawa dirinya ke atas.

“Jika ditanya mengenai cita-cita saya tidak tahu, Tapi apa yang pasti saya ingin menjadi individu yang berjaya. Buat masa ini, saya minat dengan seni persembahan dan akan melakukan yang terbaik untuk pilihan itu.

“Saya juga ingin memadamkan spekulasi umum terhadap kekurangan anak-anak disleksia. Dengan usaha dan ketekunan, saya yakin kami mampu berada di tangga teratas dalam bidang yang diceburi,” katanya bersemangat.

Menyokong semangat itu, ibunya menjelaskan dia juga tidak pernah berputus asa memikirkan yang terbaik berikutan hasratnya ingin melihat individu disleksia seperti puterinya itu mencapai kejayaan seiring kanak-kanak normal.

“Terimalah kekurangan mereka dan perbaiki kelemahan dimiliki. Kefahaman dan toleransi membolehkan anak-anak ini berada di tempat teratas jika peluang diberikan kepada mereka dan saya yakin begitu juga dengan puteri saya ini.

“Mereka bukan tidak bijak, cuma cara pembelajaran dan penyampaian berbeza daripada kanak-kanak normal. Paling penting, jangan sesekali memperlekehkan usaha yang mereka lakukan,” luahnya.

Cabaran yang pasti berat buat Nor Hasnida Hasan, tambah pula bukan seorang malah dua anaknya berhadapan masalah serupa.

Nor Hasnida mengakui, pada awalnya agak sukar menerima kenyataan anak sulung perempuannya mengalami masalah disleksia, namun, dia melakukan pelbagai usaha untuk memulihkan anaknya.

“Setiap ibu yang melahirkan mengimpikan kesempurnaan. Melihat fizikal anak sulung saya yang tidak jauh seperti kanak-kanak normal, menyulitkan lagi penerimaan berita mengenai masalah dialaminya.

“Sebelum ini, saya mengambil tindakan drastik dengan memberikan jadual padat dengan harapan dia tidak ketinggalan dalam kelasnya memandangkan keadaan dirinya yang bermasalah dalam pelajaran seperti mengeja dan membaca.

“Dia pernah dirotan dan dimarahi kerana agak lambat mengeja, apatah lagi membaca. Tiada pendekatan lain diambil melainkan paksaan dan saya lihat anak semakin tertekan,” katanya.

Nor Hasnida akhirnya beralah dan berbincang dengan anak bagi mengetahui masalah yang berlaku. Pemeriksaan lanjut dengan pakar perubatan akhirnya mengesahkan anaknya itu mengalami masalah disleksia.

“Patutlah segala perancangan saya termasuk jadual belajar tidak berhasil. Mengetahui masalahnya, saya membuka hati mendekatinya dan mendalami apa yang dilalui anak.

“Saya memberikan kelonggaran untuk dirinya memilih cabang yang diminatinya, tanpa mengabaikan kepentingan pelajaran. Jadi, saya mengetengahkan sistem pembelajaran yang interaktif dan kreatif seiringan dengan pemikiran mereka. Begitu juga dengan anak kedua saya, cuma masalahnya lebih ketara berbanding kakaknya,” katanya.

Hasnida yang membesarkan dua anak disleksia itu mendakwa, pada pendapatnya setiap individu istimewa yang senasib dengan permata hatinya mampu meraih kejayaan bergantung kepada kecenderungan minat mereka.

Katanya, anak-anak istimewa ini mungkin bermasalah dalam pembelajaran akademik, namun mereka juga sebenarnya memiliki bakat terpendam yang cukup memberangsangkan jika digilap dan dibimbing dengan betul. Mereka juga memerlukan sokongan, tambah pula kanak-kanak begini mudah emosi.

Sharifah Haneesya, menunjukkan minat dalam bidang seni persembahan. Hasil nyanyian dan lakonannya cukup menyentuh dan penyampaiannya acap kali diberikan pujian, malah ada juga yang menyuarakan mereka tidak percaya dia seorang disleksik.

“Mungkin ada segelintir individu tidak dapat menerima minat yang ditonjolkan anak saya kerana menganggap dirinya terlalu mentah dan seharusnya saya tidak memanjakan dirinya dengan setiap permintaan.

“Tapi mereka lupa dengan masalah yang dialami anak sulung saya itu, jika dia tidak cemerlang dalam bidang akademik, sekurang-kurangnya dia meraih kejayaan dalam bidang yang digemarinya. Sekurang-kurangnya dia memiliki sesuatu dalam kehidupannya,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Disleksia Malaysia, Sariah Amirin, berkata masalah disleksia bukan perkara remeh.

Disleksia bukan sesuatu yang harus digeruni namun ia bukan soal kecil. Penghidapnya mengalami kesukaran mengenal perkataan, sukar mengingati suku kata atau menggabungkan huruf sekali gus menyukarkan pembacaan.

Apabila pembacaan jadi penghalang, timbul pelbagai masalah lain misalnya pelajar sering ketinggalan menyebabkan mereka kurang minat untuk ke sekolah walaupun memiliki kecerdasan mental sama malah lebih daripada pelajar normal lain.

"Selain masalah utama penghidap disleksia iaitu dari segi pandangan dan pendengaran, beberapa petanda lain dikaitkan dengan disleksia. Misalnya, penghidap tidak sedar mereka memakai baju atau kasut terbalik, memegang pensel dengan semua jari serta tidak dapat mengingati turutan sesuatu perkara contohnya turutan hari," katanya.

Jelasnya, masalah berkenaan boleh diatasi dalam tempoh singkat iaitu seawal tiga bulan terutama di kalangan mereka yang masalah dikesan sejak kecil, seperti berusia empat tahun atau lima tahun.

Katanya, kanak-kanak istimewa ini juga mempunyai kelebihan dalam pelbagai sektor terutama seni jika diberikan pendedahan awal dan adalah penting untuk ibu bapa sendiri mengesan minat dimiliki anak mereka.

“Jika mendapati anak kita mengalami masalah disleksia, jangan pandang mudah dan membiarkan keadaan menjadi keruh. Sedari dan fahami, berbincang sangat penting dalam mendidik anak pintar ini,” jelasnya.

Kempen beli sambil bantu

UMUM mengetahui, masalah disleksia mampu membantutkan tumbesaran kanak-kanak dalam mencapai kejayaan di masa hadapan jika ia dibiarkan berlarutan tanpa sebarang bimbingan.

Masalah yang dihidapi kira-kira 314,00 pelajar di Malaysia itu menyukarkan mereka untuk menjalani proses pembelajaran, termasuk membaca, mendengar dan menghitung. Kanak-kanak ini memerlukan alat bantuan mengajar khusus untuk mendidik mereka berbeza dengan mereka yang normal.

Namun, untuk menyediakan kemudahan itu memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi merangkumi keperluan tenaga pengajar yang terlatih.

Sebagai langkah awal menyuarakan keprihatinan terhadap masalah itu, Procter & Gamble (P&G) bersama kerjasama pasar raya Giant menganjurkan kempen Gift Of Learning bagi mewujudkan peluang pembelajaran untuk bantu kanak-kanak disleksia menerusi Persatuan Disleksia Malaysia (DAM).

Kempen itu mensasarkan dana sebanyak RM100,000 untuk disalurkan kepada DAM seluruh negara sekali gus menyediakan kemudahan dan alat bantuan belajar untuk anak-anak istimewa itu.

Pelancaran berlangsung hari ini di Giant Kota Damansara bermula jam 11.30 pagi dan tetamu yang hadir bakal dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh kanak-kanak DAM.

Masyarakat boleh melakukan sumbangan kepada kempen itu dengan membeli produk P&G yang tersenarai di semua rangkaian pasar raya Giant seluruh negara bermula 1 April ini hingga 19 Mei 2011.

INFO: Penghidap disleksia hebat
1. Saintis terkemuka, Albert Einstein
2. Presiden Amerika Syarikat ke-35, John F Kennedy
3. Juara tinju dunia, Mohammad Ali
4. Penyanyi dan pemuzik, John Lennon
5. Pelukis dan arkitek, Leonardo da Vinci
6. Pengarah dan pelakon, Tom Cruise
7. Pengarah filem terkenal Hollywood, Steven Spielberg

Info Pendidikan Khas



1. Apa itu Pendidikan Khas?

Perkhidmatan pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi murid-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran.


2. Berapakah tempoh belajar bagi murid-murid pendidikan khas?

  • Tempoh belajar minimum bagi murid-murid berkeperluan khas di sekolah rendah adalah enam (6) tahun.
  • Tempoh belajar minimum bagi murid-murid berkeperluan khas di sekolah menengah adalah lima (5) tahun.
Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah mengikut keperluan murid berkenaan (Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2002)
3. Apakah kurikulum yang diguna pakai di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi?
Kurikulum yang digunakan di Sekolah-sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah Kurikulum Kebangsaan yang diubahsuai mengikut kecacatan murid, dan kurikulum alternatif.
  • Kurikulum alternatif yang digunakan bagi murid-murid pendidikan khas adalah:
  • Kurikulum latihan industri yang disediakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)
  • Kurikulum yang dibina khusus oleh Jabatan Pendidikan Khas.
(Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2004)
4. Apakah kurikulum yang diguna pakai di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi?
  • Kurikulum yang digunakan di Sekolah-sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah Kurikulum Kebangsaan yang diubahsuai mengikut kecacatan murid, dan kurikulum alternatif.
  • Kurikulum alternatif yang digunakan bagi murid-murid pendidikan khas adalah:
  • Kurikulum latihan industri yang disediakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)
  • Kurikulum yang dibina khusus oleh Jabatan Pendidikan Khas.
(Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2004)
5. Apa itu Sekolah Khas
Sekolah yang menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada murid-murid bermasalah pendengaran dan penglihatan.
6. Apa yang dimaksudkan dengan Program Pendidikan Khas Integrasi
Program yang disediakan bagi murid-murid pendidikan khas di sekolah-sekolah biasa.
7. Apa yang dimaksudkan dengan Program Inklusif
Pendekatan pendidikan di mana murid-murid pendidikan khas dan biasa belajar bersama di dalam satu kelas dan diajar oleh guru kelas biasa.
8. Apa yang dimaksudkan dengan Program Bermasalah Pembelajaran Spesifik
Kanak-kanak yang menghadapi kesukaran belajar khusus.
9. Siapakah yang dimaksudkan murid-murid berkeperluan Khas Bermasalah Pembelajaran
e. Hipoaktif
g. Kerencatan Akal
i. Masalah Komunikasi
j. Kerencatan Anggota
n. Murid-murid Yang Mempunyai Keupayaan Mental Yang Rendah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More