DEFINISI DISLEKSIA
Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges, 1996:3)“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:-
- Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik
- Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa
- Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan
APA ITU DISLEKSIA
- Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
- Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
- Mempunyai keupayaan intelek yang normal
- Telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi
- Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi
- Mereka mungkin mengalami kesukaran
- Membaca
- Menulis
- Memahami
- Mengeja
- Mengira
- Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia.
- Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan
- Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan.
- Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu;
- Disleksia visual (penglihatan) – Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik.
- Disleksia auditori (pendengaran) – Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori
- Disleksia visual – auditori – Kesukaran membaca yang amat teruk kerana mempunyai kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio
- Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :
- Lambat bertutur
- Mengalami kesukaran sebutan atau rima
- Sukar menulis nama sendiri
- Payah mengenal bentuk atau warna
- Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
- Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
- Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
- Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
- Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
- 15 dengan 51
- “was” menjadi “saw”
- ‘b’ dengan ‘d’‘
- Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
- Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
- Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
- Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah
Peringkat kanak-kanak | Masalah yang dihadapi |
Prasekolah |
|
6 hingga 9 tahun |
|
9 hingga 12 tahun |
|
Sekolah Menengah |
|
Mengikut Mercer (1997); Hammond dan Hughes (1996) dan Spaafford dan Grosser (1996), antara punca-punca disleksia ialah;
- Keturunan atau genetik – Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi, cuma yang membezakannya adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom 1, 15 dan 16 yang boleh diwarisi secara turun-temurun.
- Biologi – Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum.
- Kematangan – Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sistem saraf. Pada kebiasannya, kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak perempuan. Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia.
Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada:
1. Mengeja
Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti:
- m – w
- y – g – j
- u – n
- m – n
- c – e
- p – q
- h – n
- b – d
Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti:
- t – h
- f – v
2. Membaca
Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti:
- Batu – tuba
- Gula – lagu
Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:
- pada masa yang sama – dapa masa yang masa
Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut:
Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu
- Jam – jem
- cat – cat
3. Menulis
Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik
4. Bercakap dan mendengar
Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.
5. Nombor
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :
3 – 5 – 8
9 – 6
6. Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial
- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut
- Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh
- Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah
MEMBANTU ANAK-ANAK BERMASALAH DISLEKSIA
Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :
- Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak
- Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan
- Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
- Terapi pertuturan
- Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
- Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
- Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
- Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
- Merasa pergerakan bibir
- Menulis huruf atau perkataan
- Langkah-langkah pemulihan :
- Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
- Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan) o Gunakan video atau kaset untuk belajar
- Program pemulihan khusus :
- Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia
- Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya
- Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
- Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi
- Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
- Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa
- Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika
- Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni
- Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik
- Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri
- Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai
ADAKAH INDIVIDU DISLEKSIA MEMPUNYAI KEISTIMEWAAN
- Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)
- Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
- Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.
0 comments:
Catat Ulasan