Recent Posts


ShoutMix chat widget

Khamis, 20 Oktober 2011

Elaun Murid Khas Fasa Tambahan 2011‏



MAKLUMAN KEPADA:


Pengetua/ Guru Besar,
SBP/ SMK/ SMKA/ SK/ SJK C/ SJK T dan SABK
Negeri Melaka.

DATA ELAUN MURID KHAS FASA  TAMBAHAN 2011
TERDAPAT  FORMAT TERBARU BORANG ELAUN MURID KHAS.  
SILA MUAT TURUN  DAN HANTAR MENGGUNAKAN BORANG TERSEBUT!!!
KEGAGALAN BERBUAT DEMIKIAN, NAMA PELAJAR DARI SEKOLAH 
BERKENAAN AKAN DIGUGURKAN.

BAGI MAKLUMAT BERKENAAN TARIKH, SILA GUNAKAN 
FORMAT, CONTOH : 31 JAN 2011
1) Sukacita dimaklumkan bahawa, Bahagian Pendidikan Khas, 
Kementerian Pelajaran Malaysia sedang dalam usaha mengumpulkan 
data untuk Elaun Murid Khas  Fasa  Tambahan 2011.  Pengumpulan
data ini bukan sahaja tertakluk kepada murid Pendidikan Khas
 tetapi merangkumi pelajar yang mempunyai kad OKU tetapi belajar di aliran 
perdana.
2) Sehubungan itu, tuan diminta mengemukakan permohonan EMK bagi pelajar yang tidak 
tersenarai di dalam Elaun Murid Khas Fasa 2/2011 dan Fasa 3/2011. 
Untuk mengelakkan data bertindan, sekolah yang telah menghantar nama pelajar 
bagi Fasa 2/2011 dan Fasa 3/2011 tetapi tidak tersenarai, sila semak senarai 
nama yang dilampirkan dan pastikan hanya pelajar  yang tiada dalam senarai sahaja 
dimasukkan ke dalam data.
3) Bagi pelajar yang berpindah dari sekolah lain, sila rujuk dengan sekolah asal 
mengenai status Elaun Murid Khas murid tersebut. Jika permohonan telah dibuat 
oleh sekolah asal maka sekolah baru tidak perlu memohon lagi.

4) Sila hantar maklumat data yang lengkap, tepat dan tidak bertindan 
dalam bentuk softcopy (disket/ cd/ pendrive/dsb) ke 
Unit Pendidikan Khas atau emelkan di elaunmuridkhas@yahoo.com 
sebelum atau pada 21 Oktober 2011. Sebarang pertanyaan dan maklumat l
anjut berkaitan perkara di atas hendaklah berhubung dengan  
En. Md Aziz Bin Lani di talian 06-2323640 atau Pn. Rafizah di talian 06-2324513.
 
 
Attachments:
Download this file (Format EMK2011 terbaru.xls)Format EMK baru[ ]67 Kb
Download this file (PENERIMA EMK FASA 12011.xls)Senarai EMK Fasa 1[ ]415 Kb
Download this file (penerima emk fasa 2 2011.xls)Senarai EMK fasa 2[ ]297 Kb
Download this file (penerima emk fasa 3 2011.xls)Senarai EMK Fasa 3[ ]56 Kb

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More