Recent Posts


ShoutMix chat widget

Ahad, 8 Mei 2011

Syarat Kemasukan Ke PPKI



TATACARA KEMASUKAN MURID KE PPKI MURID BARU.

  1. Berumur 7 tahun (sekolah rendah) dan 14 tahun (sekolah menengah) pada tarikh permohonan.
  2. Borang yang tidak lengkap dianggap GAGAL.
  3. Disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak dngan menggunakan borang pemeriksaan doktor yang disediakan. Setiap butiran tepat dan menerima pemeriksaan yang terperinci. (laporan doktor diwajibkan. Borang pemeriksaan boleh didapati di Unit Khas JPN, Pejabat Pendidikan Daerah – U.P.: Pen. PPD Pra Sekolah).
  4. Pemerosesan borang dilakukan oleh Unit Pend. Khas JPN dan calon yang layak akan dihantar untuk ditemuduga oleh ahli panel yang akan menentukan sama ada calon layak atau tidak layak untuk ditempatkan ke Program Pendidikan Khas Integrasi. (Prosedur ini terkecuali untuk calon bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan).
  5. Keputusan temuduga akan diserahkan ke JPN untuk urusan tawaran penempatan. Tawaran penempatan hanya akan dibuat kepada calon yang layak sahaja. Ciri-ciri calon yang layak diterima adalah;
    • Boleh urus diri tanpa bantuan orang lain.
    • Tiada kecacatan fizikal yang teruk.
    • Tidak mengalami masalah sikap / tingkah laku luar biasa seperti hiperaktif (yang sukar dikawal), ganas atau masaalah mental yang teruk.
    • Tidak mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan kronik, jantung dan lain-lain.
  6. Calon yang layak akan ditempatkan ke program integrasi yang berhampiran dan sesuai bergantung kepada kekosongan tempat pada ketika itu. Sekiranya tiada kekosongan tempat, calon dianggap sebagai calon menunggu.
  7. Setiap calon yang telah ditempatkan akan menjalani tempoh percubaan selama 3 bulan. Pihak sekolah / penyelaras program akan membuat laporan mengenai perkembangan sikap dan prestasi pembelajaran murid tersebut. Sekiranya layak, murid tersebut akan mengikuti pembelajaran seterusnya. Bagi murid yang gagal selepas tempoh percubaan, pihak sekolah akan membuat cadangan penangguhan kepada pihak JPN, dan pihak JPN akan mengeluarkan surat penangguhan.
  8. Bagi murid yang gagal di peringkat temuduga atau tempoh percubaan, boleh memohon semula sekiranya murid tersebut telah melalui pemulihan seperti di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau agensi swasta lain.
  9. Had umur pembelajaran murid di program integrasi adalah;
    • Sekolah rendah – 7 hingga 13 tahun.
    • Sekolah menengah – 14 hingga 19 tahun.
  10. Walau bagaimanpun prestasi bulanan setiap murid akan menentukan tempoh pembelajarannya. Sekiranya pada satu-satu tempoh itu, murid menunjukkan prestasi yang menurun dan menimbulkan masalah kepada sekolah (guru dan rakan sebaya), maka murid berkenaan boleh disarankan direhatkan/ ditangguhkan bagi satu tempoh masa sehingga murid berkenaan menunjukkan sikap, kelakuan dan minat yang positif.


PERTUKARAN MURID PENDIDIKAN KHAS

  1. Pertukaran murid pendidikan khas hendaklah menggunakan borang pertukaran biasa (dalam negeri / luar negeri). Borang tersebut hendaklah dihantar terus ke Unit Pendidikan Khas JPN untuk diproses dan tindakan selanjutnya.
  2. Pertukaran dan penempatan yang tidak melalui Unit Pendidikan Khas JPN akan mengakibatkan murid tersebut ditempatkan di kelas biasa.
  3. Borang pertukaran boleh didapati di semua sekolah dan hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar / Pengetua sekolah berkenaan.
  4. Semua rekod peribadi dan fail-fail yang berkaitan dengan murid berkenaan hendaklah dibawa ke sekolah baru yang dipohon setelah diluluskan.

PENEMPATAN MURID DARI KELAS NORMAL.

  1. Murid kelas biasa yang dianggap ‘lambat’ dan ‘bermasalah’ yang ingin dimasukkan ke program pendidikan khas, hendaklah melalui seperti syarat kemasukkan murid baru.
  2. Murid ini tidak boleh diterima masuk tanpa borang pemeriksaan doktor yang lengkap dan laporan temuduga.
  3. Borang pertukaran biasa tidak boleh dijadikan pengesahan kelulusan / kelayakkan untuk memasuki program pendidikan khas tanpa kelulusan Unit Pendidikan Khas JPN.
  4. Murid bermasalah dari kelas biasa tidak boleh ditempatkan ke program pendidikan khas oleh pihak sekolah tanpa melalui proses / syarat seperti murid baru.

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More