Recent Posts


ShoutMix chat widget

Karnival Permainan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka 2011

1. Futsal: Johan bawah 12 tahun 2. Bola Jaring: Ketiga bawah 12 tahun

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS NEGERI MELAKA 2011

Tarikh: 8 hingga 10 Mac 2011 (Selasa - Khamis) Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari Tempat: Stadium Mini Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota

RENANG SEBAGAI TERAPI BAGI MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS DISLEKSIA

TARIKH : 24 MAC 2011 (KHAMIS) MASA : 8.00 HINGGA 12.00 TEMPAT : KOLAM RENANG MBMB

APA ITU DISLEKSIA

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan.

JENIS-JENIS DISLEKSIA

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian

Khamis, 8 September 2011

DATA ELAUN MURID KHAS FASA 3/2011


DATA ELAUN MURID KHAS FASA 3/2011

E-mailPrintPDF
MAKLUMAN KEPADA:

Pengetua/ Guru Besar,
SBP/ SMK/ SMKA/ SK/ SJK C/ SJK T dan SABK
Negeri Melaka.

DATA ELAUN MURID KHAS FASA 3/2011
TERDAPAT  FORMAT TERBARU BORANG ELAUN MURID KHASSILA MUAT TURUN  DAN HANTAR MENGGUNAKAN BORANG TERSEBUT!!!
KEGAGALAN BERBUAT DEMIKIAN, NAMA PELAJAR DARI SEKOLAH BERKENAAN AKAN DIGUGURKAN.

BAGI MAKLUMAT BERKENAAN TARIKH, SILA GUNAKAN FORMAT, CONTOH : 31 JAN 2011
1) Sukacita dimaklumkan bahawa, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang dalam usaha mengumpulkan data untuk Elaun Murid Khas  Fasa 3/2011.  Pengumpulan data ini bukan sahaja tertakluk kepada murid Pendidikan Khas tetapi merangkumi pelajar yang mempunyai kad OKU tetapi belajar di aliran perdana.
2) Sehubungan itu, tuan diminta mengemukakan permohonan EMK bagi pelajar yang tidak tersenarai di dalam Elaun Murid Khas Fasa 1/2011 dan Fasa 2/2011. Untuk mengelakkan data bertindan, sekolah yang telah menghantar nama pelajar bagi Fasa 1/2011 dan Fasa 2/2011 tetapi tidak tersenarai, sila semak senarai nama yang dilampirkan dan pastikan hanya pelajar  yang tiada dalam senarai sahaja dimasukkan ke dalam data.
3) Bagi pelajar yang berpindah dari sekolah lain, sila rujuk dengan sekolah asal mengenai status Elaun Murid Khas murid tersebut. Jika permohonan telah dibuat oleh sekolah asal maka sekolah baru tidak perlu memohon lagi.

4) Sila hantar maklumat data yang lengkap, tepat dan tidak bertindan dalam bentuk softcopy (disket/ cd/ pendrive/dsb) ke Unit Pendidikan Khas atau emelkan di elaunmuridkhas@yahoo.com sebelum atau pada 17 Ogos 2011. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan perkara di atas hendaklah berhubung dengan En. Md Aziz Bin Lani di talian 06-2323640 atau Pn. Rafizah di talian 06-2324513.

Attachments:
Download this file (DATA ELAUN MURID KHAS FASA 32011.zip)Format Data Elaun Murid Khas[ ]788 Kb

Mesyuarat Penyelarasan Pemantauan Hari Qualiti Pendidikan Khas 2011


Mesyuarat Penyelarasan Pemantauan Hari Qualiti Pendidikan Khas 2011

E-mailPrintPDF
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Bersama-sama ini disertakan senarai panel Penilai Hari Q PKhas dan surat panggilan Mesyuarat Penyelarasan Pemantauan Hari Qualiti Pendidikan Khas 2011 untuk tindakan tuan.
Sekian, terima kasih.
 
Puan Zarenna Apit
Attachments:
Download this file (IMG.jpg)Surat Panggilan[ ]2164 Kb
Download this file (IMG_0001.jpg)Senarai Nama 1[ ]3912 Kb
Download this file (IMG_0002.jpg)Senarai Nama 2[ ]2710 Kb

Kejohanan Tenpin Boling Pendidikan Khas Peringkat Negeri 2011


Kejohanan Tenpin Boling Pendidikan Khas Peringkat Negeri 2011

E-mailPrintPDF
Kejohanan Tenpin Boling Pendidikan Khas Peringkat Negeri 2011
Tarikh : 20 - 21 Julai 2011
Tempat :Ampang Superbolw, Mahkota Parade, Bandar Hilir Melaka

Bersama ini disertakan surat panggilan kejohanan, surat perlantikan AJK Teknikal dan Senarai AJK yang terlibat.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More